Kelas ICT Individu

21 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Februari 2020, Pusat Internet PPR Taman Sri Wangi telah diadakan kelas ICT Individu. Kelas ini dihadiri oleh dua orang peserta yang mempunyai berlainan tugasan dan meminta pelatih untuk memberikan tunjuk ajar cara-cara menggunakan laman sesawang serta aplikasi atas talian bagi menyiapkan tugasan masing-masing. Peserta pertama diberi tunjuk ajar untuk menggunakan laman sesawang atas talian bagi mengisi sijil-sijil yang diperlukan bagi mengisi kekosongan jawatan secara atas talian.

Peserta turut diberikan tunjuk ajar menggunakan aplikasi atas talian untuk menjadikan gambar kepada bentuk fail pdf, mencantum setiap fail kepada satu fail pdf serta membuang atau memisahkan fail-fail tercantum menjadi fail tunggal. Selepas itu, peserta diberikan pendedahan cara mengimprovasikan fail serta saiz semula fail kepada saiz yang lebih kecil mengikut kriteria yang dikehendaki. Setelah itu, peserta seterusnya diberikan tunjuk ajar menggunakan laman sesawang Google untuk mencari maklumat yang berkaitan bagi menyiapkan kerja sekolah beliau. Kelas ini berlangsung selama dua jam bermula dari pukul 2:00 petang hingga 4:00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali